Permohonan Tutor

Langkah 1

Maklumat Peribadi

Langkah 2

Terma & Syarat

-

Saya dengan ini telah MEMBACA dengan teliti si kandungan perjanjian ini serta MEMAHAMI & BERSETUJU untuk menjadi tutor bagi The Ngaji Tutor yang KOMITED DAN CEMERLANG dengan MEMATUHI SYARAT SYARAT yang telah ditetapkan sepertimana berikut:
i. Menghantar REKOD PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TUTOR (P&P) setiap pelajar tepat pada akhir bulan semasa atau SELEWAT-LEWATNYA 1hb bulan berikutnya kepada The Ngaji Tutor.
ii. Menyerahkan LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR kepada ibubapa SETIAP AKHIR BULAN untuk DISEMAK dan DITANDATANGANI. Laporan perlu DIHANTAR bersama dengan Rekod P&P pada akhir bulan semasa atau SELEWAT- LEWATNYA 1hb bulan kepada The Ngaji Tutor.
iii. Memastikan Rekod Pengajaran & Pembelajaran Tutor diserahkan kepada ibubapa pelajar untuk DISEMAK dan DITANDATANGANI oleh mereka pada setiap waktu di akhir kelas. Kegagalan ibu bapa pelajar menandatangani borang tersebut akan menyebabkan kelas yang telah dijalankan tersebut TIDAK DIIKTIRAF dan elaun TIDAK DIBERIKAN bagi kelas tersebut.
iv. Kelas diadakan pada waktu yang telah dipersetujui oleh pihak ibubapa pelajar dan pihak pengurusan The Ngaji Tutor. Sebarang pertukaran waktu seperti masa kelas bermula atau hari pengajaran mahupun kelas ganti perlu mendapat persetujuan daripada pihak ibubapa terlebih dahulu dan mesti DIMAKLUMKAN kepada pihak pengurusan The Ngaji Tutor untuk tujuan rekod.
v. Pengiraan elaun adalah berdasarkan JAM PENGAJARAN serta mengikut kadar elaun yang telah saya persetujui dengan pihak pengurusan The Ngaji Tutor berdasarkan jadual di bawah. Sebarang perubahan kadar elaun TIDAK AKAN DILAYAN oleh pihak The Ngaji Tutor kecuali mengikut hasil persetujuan kedua dua pihak.


Jadual Kadar Elaun:
Elaun akan dibayar melalui akaun CIMB.
Elaun akan dibayar selewat lewatnya 3hb 5hb bulan berikutnya. Sekiranya berlaku kelewatan daripada tarikh tersebut, pihak pengurusan The Ngaji Tutor akan memaklumkan kepada tutor.
Elaun akan dibayar mengikut kadar bayaran kawasan tersebut.
*Atas persetujuan kedua-dua pihak.
*Bayaran dikira mengikut jam.
vi. Pemberian bonus, kenaikan atau pertukaran kadar elaun tutor samada SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS kelas dijalankan adalah dibawah bidang kuasa pihak pengurusan The Ngaji Tutor dan saya TIDAK BERHAK untuk MENUNTUT atau MEMPERTIKAIKAN sebarang keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak The Ngaji Tutor;
vii. Saya TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk MENGAMBIL KLIEN di bawahTUISYEN DI RUMAH untuk dijadikan sebagai klien saya sendiri TANPA MENDAPAT KEIZINAN daripada pengurusan The Ngaji Tutor. Sekiranya saya bertindak demikian, pihak The Ngaji Tutor BERHAK untuk MEMBERHENTIKAN saya SERTA MERTA TANPA SEBARANG NOTIS serta DISINGKIRKAN/DIPECAT daripada TUISYEN DI RUMAH;
viii. Saya TIDAK AKAN MENERIMA sebarang bentukPEMBAYARAN SECARA TERUS(DIRECT PAYMENT) daripada klien tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak pengurusan The Ngaji Tutor. Saya JUGA TIDAK AKAN TERLIBAT dengan sebarang PERBINCANGAN berkenaan KADAR ELAUN atau BAYARAN TUISYEN tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak pengurusan The Ngaji Tutor. Sekiranya saya bertindak demikian , pihak pengurusan The Ngaji Tutor BERHAK untuk memberhentikan saya SERTA MERTA TANPA SEBARANG NOTIS serta DISINGKIRKAN/DIPECAT daripada The Ngaji Tutor;
ix. Saya perlu menjaga ETIKA dan INTEGRITI saya sebagai seorang tutor dengan TIDAK MELAKUKAN perkara perkara NEGATIF/JENAYAH atau MELANGGAR mana mana PERATURAN yang boleh MENCEMARKAN NAMA BAIK THE NGAJI TUTOR. Sekiranya didapati saya MELAKUKAN perkara terbabit serta didapati BERSALAH dalam perkara ini, pihakpengurusan The Ngaji Tutor BERHAK untuk menamatkan perkhidmatan saya tanpa sebarang NOTIS dan tidak dibenarkan menerima sebarang senarai kerja terbaru daripada pihak The Ngaji Tutor;
x. Saya juga perlu sentiasa menjaga PERSONALITI dan ADAB saya sebagai tutor yang baik dari segi sikap, adab dan penampilan saya. Saya juga akan berusaha MEMPERBAIKI dan MENINGKATKAN PRODUKTIVITI kerja serta KEMAHIRAN diri saya agar selari dan terkini dengan perkembangan semasa dunia pendidikan;
xi. Sekiranya saya ingin berhentI mengajar, NOTIS SEBULAN dalam bentuk surat rasmicMESTI DIBERIKAN kepada pihak pengurusan The Ngaji Tutor. Kegagalan saya memberikan notis tersebut akan menyebabkan elaun mengajar tutor saya pada bulan tersebut DIPOTONG SEHINGGA 50% dan saya tidak BERHAK untuk MEMPERTIKAIKAN keputusan pihak pengurusan The Ngaji Tutor itu.


Saya, sepertinama di atas dengan ini MENGAKUI bahawa isi kandungan perjanjian ini adalah JELAS dan MUDAH untuk difahami dan BERSETUJU dengan isi kandungan tersebut.

-

Langkah 4

Terima Kasih.

Sila tekan butang Hantar.

Pihak TheNgaji.com akan menghubungi tuan/puan dalam masa masa terdekat,terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.